Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia.
Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran. Firman
Allah maksudnya: “Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya
dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang
lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang
mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati
kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)
Di dalam
firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu
syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan
manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh
menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.
(Al-An’am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam
bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang
bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. ASAL
KEJADIAN JIN Firman Allah maksudnya: Dan diciptakan jin dari nyalaan
api. (Ar-Rahman 15) “Al-Maarij” Bermaksud: Api yang sangat kuat dan
sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur
antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru. Sesetengah
pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama
maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat
tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij
itulah Allah jadikan Jaan (jin). “Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam
dari api yang sangat panas.” (Al Hajar 27) “Allah bertanya; Apakah yang
menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu.
Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari
api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah. (Al A’raf 12)
KEWUJUDAN JIN
BUKAN DONGENGAN
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. (Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada
setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali
rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan
syaitan. Dalil Al Quran Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami
menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk
mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah
(setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat
ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu,
kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan)
memberi peringatan dan amalan.
(Al Ah Qaf 29) Wahai sekalian jin dan
manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan
kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu
(perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang
pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi
saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan
Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh
(kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi
(pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya
mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan
oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK
WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar
dan bukan bermakna lainya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti
aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan
memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan
sebagainya.Salam Ukhuwah..~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar